Apabila kita mengalami cermin kereta kabur, pastinya sangat susah bagi kita untuk meneruskan perjalanan. Kalau nak teruskan perjalanaan pun boleh tp kita harus selalu mengelap cermin kereta agar kita dapat melihat dengan jelas. Biasanya kedaan begini akan terjadi apabila air-cond kereta rosak dan ditambah pula dengan hujan.
Tentunya keadaan seperti ini akan membuat kita stress,rimas dan banyak perasaan yang akan bertandang dalam diri kita. Saya juga pernah mengalami keadaan seperti ini, saya stress,rimas dan penat. Ya la saya harus mengelap cermin kereta dalam jangka masa yang singkat tentulah rasa rimas,penat dan stress. Oleh kerana terlalu kerap untuk mengelap cermin saya menjadi cepat bosan. Kalau saya sudah bosan saya akan cepat marah pula tu. Sungguh tidak menyenangkan!
Bagi mengatasi masalah seperti ini, saya akan berkongsi 4 langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Langkah-langkah yang saya akan kongsikan ini bukanya 100% boleh mengatasi masalah ini tapi 90% akan berkesan. Tapi sebelum tu,saya mahu kongsikan 3 bahan yang mungkin berkesan untuk menyelesaikan masalah kita.
1. Ubat gigi.
Tak kisah jenama apa pun. Picit ubat gigi dan lapkan pada cermin kereta anda. Ia akam membantu mencegah cermin menjadi kabur dan menjejaskan penglihatan anda.
2. Krim pencukur.
Krim pencukur juga mampu membantu mencegah wap air dari mengaburkan pandangan anda. Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui hal tersebut (termasuk saya sendiri😅😅).
3. Ubi kentang.
Ubi kentang membantu cermin kereta anda agar bebas kabus malah kaedah ini juga boleh digunakan oleh penunggang-penunggang motosikal untuk menyah kabuskan visior helemt mereka.
Cara-caranya:
1. Potong ubi kentang menjadi dua bahagian. Pastikan ubi kentang yang dipilih adalah bersih. Jika kotor atau terdapat tanah yang menempel pada kentang harus dibersihkan dahulu.
2. Gosok bahagian dalam ubi kentang yang dipotong tadi pada cermin kereta. Ubi kentang akan membersihkan cermin kereta dan menanggalkan lapisan yang mencegah pemeluwapan pada tingkap kereta.
3. Gunakan separuh lagi untuk membersihkan cermin kereta anda atau anda boleh memotong bahagian kentang yang kotor untuk membersihkan lagi cermin kereta anda.
4. cermin dibiarkan mengering tanpa menyentuhnya. Lapkan saki baki ubi kentang tadi dengan tisu kering.
Selamat mencuba. Jangan lupa sharekan petua ini kepada yang lain juga agar kita sama-sama mendapat manfaatnya.
Wind Autoglass Supplies
BalasPadamSemua syarikat insurans diterima.
Percuma Tint film Berjenama
untuk maklumat lanjut sila layari
blog
www.cerminkereta.my
Website Rasmi
www.autoglass.com.my
facebook
https://www.facebook.com/CerminKeretaWindscreenz