Langkau ke kandungan utama

Muka fewless dengan toner muka semulajadi



Hello semua, apa khabar? Harap semuany sihat ya..
Okeylah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang toner muka.
Tentu sekali banyak toner muka yang dijual diluar sana tapi kali ini saya ingin berkongsi dengan anda untuk mendapatkan toner muka semulajadi! Untuk pengetahuan semua,toner muka yang saya ingin kongsikan ini bukan sahaja mampu menjadikan muka nampak fewless tp ia juga baik untuk jerawat tau..yey!
Bahan-bahannya cukup mudah untuk didapati pula tu..

Bahan-bahan:

1. Sebiji timun (kalau tidak ada,cari Saj dipasar).

2. Sebiji jeruk nipis (limau kapas) atau lemon (semua pasti kenalkan?).

Cara-cara:

1. Hancurkan timun tadi. Macam membuat jus timun. Cara paling mudah, blendkan saja. Nah, lagi mudahkan. Kemudian disaring agar air dan ampasnya terpisah. Letak air timun tadi kedalam botol.

2. Jeruk nipis atau lemon kita perah untuk mengambil jusnya.

3. Campurkan perahan jus jeruk nipis/lemon dengan jus timun.

4. Siap!.. Boleh la digunakan untuk membasuh muka.

P/s:  Boleh digunakan 2 kali sehari sebab ianya dibuat secara semulajadi (home-made/hand-made). Namun harus diingat bahawa toner muka ini tidak dapat bertahan dGengan lama. Ia cuma mampu betahan selama 7 hari. Oleh itu,buat ikut keperluan sahaja,caranya pun cukup mudah kan..?

Manfaat timun dan jeruk nipis/lemon juga saya selitkan ya agar mereka yang tidak tahu akan menjadi tahu.

Manfaat timun.

1. Membantu menghapuskan/menyingkirkan jerawat.

2. Melembabkan kulit.

3. Mengecilkan pori-pori.


Manfaat jeruk nipis/lemon.

1. Mencerahkan kulit.

2. Membuang sel-sel kulit yang telah mati.

3. Mengecilkan jerawat.

4. Membuang sisa-sisa kotoran yang terdapat pada muka. Contohnya make up

5. Membantu mengurangkan minyak pada muka.

Selamat mencuba semua!

Ulasan