Awas lelaki jangan terbiasa menyimpan dompet atau wallet dibelakang seluar!
Biasanya kaum lelaki suka menyimpan wallet dibahagian belakang seluar sendiri. Selepas membaca post ini diharapkan agar kaum lelaki terutamanya akan menguba kebiasaan masing-masing.
Tanpa disedariatau disedari bahawa kaum lelaki biasanya suka menyimpan wallet dibahagian belakang seluar. Tanpa disedari ini membahayakan diri sendiri. Oleh itu, kaum lelaki harus mengubah kebiasaan tersebut. Mari kita selidiki tentang apakah bahayanya apabila sudah terbiasa menyimpan wallet dibahagian belakang seluar. Cuba lihat gambar dibawah:
Kebiasanya kaum lelaki untuk cenderung untuk menyimpan wallet dibahagian belakang seluar yang mengakibatkan saraf-saraf utama pada bahagian pinggul akan mengalami kerosakan. Kerosakkan saraf-saraf pada bahagian piggul ini akan menyebabkan sakit pada bahagian punggung (sakit punggung). Hal ini akan berlaku apabila mereka duduk. Keadaan ini disebut hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy.
Risiko ini biasanya akan dihadapi oleh kaum lelaki, kerana biasanya hanya kaum lelaki sahaja yang suka membuat kebiasaan ini, iaitu suka menyimpan wallet dibahagian belakang seluar. Seorang ahli fisioterapi juga mengatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang mengeluh dan menderita sakit punggung. Sakit punggung yang diderita oleh kaum lelaki adalah disebabkan oleh posisi wallet yang diletakkan atau disimpan dibelakang seluar. Hal ini akan menyebabkan saraf-saraf pada bahagin pinggul akan mengalami tekanan dan menyebabkan bahagian belakang tubuh terutama bahagian pinggul akan berasa sakit.
Wallet atau dompet yang disimpan dibahagian belakang seluar akan menekan saraf-saraf pinggul terutama disaat sedang memandu kereta mahupun dalam posisi duduk ditempat kerja atau dimana-mana sahaja. Apabila keadaan ini berlaku, individu atau si pelaku akan merasa sakit pada bahagian pergelangan kaki, tumit malah juga akan menyebabkan rasa sakit ketika sedang berjalan mahupun sedang berbaring.
Keadaan ini juga disebabkan berlakunya ketidakseimbangan pada otot, tulang dan juga bahagian saraf. Mesti pada masa sekarang ini mungkin ada yang akan berkata atau bermonolog bahawa ia selalu dan sering berbuat demikian dan tidak pula merasakan apa-apa sehingga kesaat ini namun harus diketahui an difahami bahawa kesan yang dirasakan bukan berlaku pada jangka masa pendek tetapi akan dirasakan kesannya pada jangka masa panjang. Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan tidakan dan perlakuan kita. Seperti kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati"
Sekian perkongsian dari saya. Silakan share untuk tatapan orang lain juga.

Ulasan
Catat Ulasan