Salam sejahtera semua. Disini saya tidak akan ulas apa itu goji berry atau manfaatnya. Saya percaya anda semua sudah pasti mengetahui semuanya. Oleh itu, saya cuma berkongsi tentang apa yang saya rasakan apabila mula meminum tea goji berry.
Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja berjinak-jinak meminum tea goji berry. Minat terhadap goji berry mula timbul pada akhir bulan oktober 2017. Sejak dari itu, saya mula mencari maklumat tentang manfaat dan kesan sampingan goji berry. Hasil pencarian saya, saya telah mendapat tahu mengamalkan tea goji berry adalah tidak sesuai bagi mereka yang mengidap penyakit jantung (kalau tidak silap saya) dan memakan ubat pelancar darah. Oleh itu, harus merujuk kepada doktor terlebih dahulu. Ini kerana buah goji akan mengentalkan darah dan akan membuat keadaan semakin memburuk.
Hasil pencarian saya juga telah menemukan bahawa bagi mereka yang baru sahaja meminum tea goji akan berasa pening. Ya, saya memang akui pada hari pertama saya meminum tea goji saya merasakan pening kepala. Ini adalah tindakbalas tea goji yang sy minum dan ia berlarutan sehingga kini (3 hari saya mengamalkan meminum tea goji). Pada hari kedua, saya juga marasakan sakit-sakit dibahagian tulang-tulang saya. Buah goji juga bertindakbalas untuk menguatkan tulang. Namun saya pernah mengalami kekejangan kaki sejak mengamalkan tea goji. Sebelum ini saya sering mengalami kejang di bahagian kaki dan membuatkan saya tidak dapat tidur dengan lena. Rasa sakit dibahagin tulang hanyalah sementara sahaja. (untuk sehari sahaja). Rasa pening yang saya rasakan masih berlarutan hingga ke hari ini, namun rasa pening yang saya rasakan semakin berkurangan.
5 biji buah goji
Air panas (bagi saya terserah pada diri kita sendiri yang tentukan berapa ml)
Cara-cara:
Tuang air panas ke dalam gelas dan masukkan buah goji. Biarkan beberapa minit. Setelah buah goji kelihatan mengembang boleh la meminumnya. Atau biarkan sampai air menjadi sejuk baru meminumnya. Tea goji tidak boleh dicampur dengan gula tetapi boleh dicampur dengan madu lebah.
Ulasan
Catat Ulasan