Langkau ke kandungan utama

Tips kuruskan badan secara semulajadi.


Berat badan yang melebihi BMI atau mengalami kegemukan sudah pasti membuat kita rasa tidak keruan,betul atau tidak cuba tanya diri sendiri. Tentu mereka yang mengalami berat badan yang tidak idel dengan ketinggian sudah pasti mengalami stress. Kegemukan juga mengakibatkan kurangnya keyakinan diri. Stress melampau..

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan tanpa mengambil sebarang ubat bolehlah mencuba tips ini. Untuk peringatan mesra tips ini tidak akan mendatangkan kesan yang mendadak ya. Maksud saya,bila mengamalkan tips yang diberi kesannya tidak akan kelihatan pada jangka masa pendek. Kalau dalam masa jangka panjang yes! Boleh kelihatan suda. Oleh itu harus bersabar ya, sepanjang tempoh mengamalkan tips ini. Tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri saja😘😘

Okeylah antara tips yang perlu diamalkan ialah:

1. Beras merah/brown rice

     Brown rice membantu kita cepat kenyang oleh kerana rasanya yang tidak sedap😂😂. Selain itu, brown rice tidak mengandungi kanji atau sedikit kanji.

2. Elakkan makanan bergoreng.

Tips yang kedua ialah mengelakkan makanan yang bergoreng atau fast food.
Ini bagi mengurangkan kadar minyak dalam badan kita.

3. Minum banyak air.

Air membantu mengeluarkan sisa-sisa kotoron dalam badan. Pengeluaran toksik dalam badan akan bertambah lancar seperti berpeluh atau membuang air kecil. Tapi diingatkan disini, minum air yang mencukupi sahaja. Terlebih kandungan air dalam badan pula akan menyebabkan gemuk air.

4. Minum air suam selepas makan.

Kita digalakkan untuk meminum air suam selepas sahaja makan. Tidak kiralah makan pagi (sarapan), tengah hari dan malam. Jangan minum air sejuk ya..sekali lagi jangan minum air sejuk!
Air sejuk akan menyebabkan minyak yang kita makan akan membeku dan menjadi lemak. Seterusnya akan menyebabkan kegemukan.

5. Kurangkan pengambilan garam.

Garam yang berlebihan akan menyababkan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

6. Bersenam.

Bersenam baik untuk kesihatan. Apabila kita bersenam, ia akan membantu pengaliran darah yang baik. Apabila darah dapat mengalir dengan baik zat-zat makanan akan mudah diserap oleh badan. Selain itu lemak-lemak juga akan digunakan sebagai tenaga kepada badan. Oleh itu, pengumpulan lemak dalam badan akan berkurangan.

7. Jangan meminum air bergas.

Minuman dalam tin seperti coca-cola, F&N dan sebagainya harus dielakkan. Selain kandungan gula yang tinggi minuman ini juga tidak baik untuk badan.

Ulasan

  1. The King Casino | Review of Casino | RTP - Joker
    The apr casino king casino review - everything you need ventureberg.com/ to know about this popular casino. It's all https://jancasino.com/review/merit-casino/ about jancasino quality and quantity. https://vannienailor4166blog.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan