Semua orang pasti mahu menjimatkan elektrik (termasuklah saya sendiri). Bagi mereka yang memiliki penghawa dingin sudah tentulah kadar bil elektriknya tinggi apalagi kalau selalu sahaja menggunakan penghawa dingin, maka bersedialah dengan kadar bayaran elektrik yang tinggi. Tips ini bukan direka semata-mata oleh saya tetapi tips ini diberikan oleh pihak TNB. So sama-samalah kita membaca dan mempraktikkannya.
Penghawa dingin biasanya akan dipasang pada waktu panas dan sebelum tidur. Ini bagi memastikan agar kita selesa adanya. Bil elektrik yang melambung tinggi biasanya disebabkan oleh pengunaan penghawa dingin. Oleh kerana itu, berikut adalah beberapa tips yang diberi agar dapat mengoptimumkan penggunaannya.
1. Suhu penghawa dingin harus diselaraskan antara 23-25 sahaja.
2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan lebih kerap. Penapis penghawa dingin yang kotor akan menghalang edaran udara yang maksimum yang menyebabkan penghawa dingin tidak dapat menyejukkan ruang dengan cepat. Selain itu, penyelengaraan yang kerap akan mengoptimumkan peggunaan penghawa dingin.
3. Semua pintu, tingkap dan semua laluan udara ditutup bagi memastikan udara yang sejuk tidak keluar.
4. Pada waktu malam, tetapkan masa (on timer). Biasanya suhu bilik yang selesa akan dapat dicapai dalam masa beberapa jam tambahan pula penggunaan kipas adalah lebih murah malah ia membantu aliran udara yang baik.
5. Penghawa dingin yang sudah mencapai usia 10 tahun perlu ditukar ini kerana penghawa dingin yang sudah mencapai usia 10 tahun tidak dapat berfungsi dengan cekap.
6. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin yang baru, hendaklah memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan yang paling tinggi. Ini kerana lebih banyak bintang kecekapan semakin cekap ia berfungsi.
Selain itu, pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin juga amat penting. Ini kerana, pemilihan penghawa dingin yang besar bukan sahaja mahal untuk dibeli tetapi pemasangannya juga mahal. Disamping itu juga, kadar bayaran bill elektrik juga melambung tinggi kerana saiz kompresornya juga besar. Saiz kompresor yang besar juga menyebabkan kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti secara berulang.

Ulasan
Catat Ulasan