Langkau ke kandungan utama

Tips keselamatan rumah



Tentu ramai dalam kalangan kita yang akan buat apa saja agar keselamatan rumah terjamin. Malahan kos yang beribu2 ringgit pun sanggup juga namun hal yang senang dilupakan atau tidak tahu.

Hal ini,sangat jarang orang tahu. Kebanyakkannya tidak tahu dan akhirnya pikiran menjadi semakin buntu dan sanggup melakukan apa saja agar rumahnya dalam keadaan selamat tambahan pula berita rumah dicerobohi adalah salah satu bualan ramai justeru menimbulkan rasa takut dalam diri. Namun hal yang paling tidak diketahui (saya pun baru mendapat tahu).

Cuba lihat dalam gambar dibawah, berapa ramai yang tahu akan hal ini tentu sedikit saja kan? Mungkin juga kita langsung tidak sedar.


Inilah yang saya maksudkan. Biasanya situasi ini kebanyakkannya berlaku pada apartment. Oleh itu,sebelum membuat keputusan untuk pindah rumah harus membuat checking terlebih dahulu. Kita harus mengganti skru pada pintu kepada yang lebih panjang (4 incih)

Kontraktor biasanya akan menggunakan skru yang pendek sahaja mungkin setengah atau 1 inch sahaja. Skru yang pendek akan memudahkan penceroboh mudah masuk ini kerana dalam masa yang singkat sahaja pencoroboh sudah berjaya memasuki rumah. Dalam masa yang singat saja penceroboh akan berjaya untuk memecahkan pintu berbanding dengan skru yang lebih panjang. Penceroboh mengambil masa yang lama untuk memecahkan pintu dan mungkin mereka akan keletihan.

Rasa letih yang dialami oleh penceroboh akan membuatnya putus asa dan melupakan sahaja niatnya untuk menceroboh.

Namun dinasihatkan agar bagi mereka yang meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama harus memberi makluman kepada balai polis.

Walaupun sudah mengganti skru pada pintu rumah, memasang grill contohnya juga amat perlu agar rumah sentiasa dalam keadaan yang selamat.

Ulasan