Sejak akhir-akhir ini kita selalu mendengar/melihat/menonton kebakaran rumah (rumah terbakar). Biasanya punca kebakaran adalah berpunca dari diri kita sendiri. Kecuaian merupakan faktor utama kebakaran rumah berlaku. Oleh itu kita harus berhati-hati dengan apa yang kita lakukan.
Kebakaran rumah selalunya dikaitkan dengan api. Ya, memang tidak dinafikan bahawa api boleh mengakibatkan terjadinya kebakaran rumah. Tanpa kita sedari, wiring rumah juga penyumbang kepada kebakaran rumah berlaku. Masa sekolah rendah dahulu saya sering diingatkan oleh cikgu bahawa tidak boleh memegang atau menyentuh suis dalam keadaan tangan yang basah kerana boleh mengakibatkan renjatan elektrik. Syukur,sehingga sekarang saya masih ingat dengan pesan tersebut.
Okey berbalik kepada cerita kita. Pendawaian elektrik juga menyumbang kepada kebakaran rumah oleh itu kita harus berhati-hati terutama bila menggunakan elektrik. Oleh itu perkara-perkara tersebut harus dielakkan:
1. Elakkan arus elektrik OVERLOAD.
Penggunaan elektrik yang berlebihan akan menyebabkan overload. Overload menyebabkan suis menjadi panas dan akhirnya meletup sehingga boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Bagi mereka yang tidak faham maksud overload, overload adalah suatu keadaan dimana berlakunya lebih penggunaan. Contohnya dalam masa yang sama water heater dan rice cooker digunakan dalam plug point atau litar yang sama. Ini boleh mengakibatkan overheating. Oleh itu, perkara ini harus dielakkan.
Elakkan barang-barang seperti peti sejuk,air-cond,rice cooker, seterika, mesin basuh, pemanas air, pembakar roti,oven, micro wave dan induction cooker digunakan dalam satu plug point atau litar yang sama.
2. Elakkan mengguna saiz kabel yang kecil.
Jangan atau elakkan mengguna saiz kabel yang kecil dari standard yang ditetapkan. Apabila anda melakukan pendawaian elektrik dalam rumah maka adalah menjadi keperluan bagi kita untuk mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu. Biasanya mereka (pekerja kedai elektrik) akan memberi khidmat nasihat apabila kita bertanya.
Apabila kita memutuskan untuk membeli extension juga harus mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu. Biasanya extension yang dijual dikedai-kedai hanya menggunakan kabel yang kecil sahaja namun sesetengah extension menggunakan kabel standard. Penggunaan kabel extension juga bergantung kepada harga yang ditawarkan.
3. Penggunaan kabel murah mudah reput.
Biasanya kabel-kabel yang dijual murah akan mudah untuk menjadi reput dan cepat rosak. Kita cenderung untuk membeli barang-barang murah termasuk barang elektrik. Dikedai contohnya kita cenderung untuk membeli extension yang murah dan mempunyai point yang banyak namun setelah membaca artikel ini anda sudah pun faham dan mengelakkan perkara ini berlaku..
More Articles:
1. 9 Unique To Give Your Drinks A Lil' Festive Kicks This Chinese New Year.
2. Why You Should Consider Bandar Bukit Raja If You're Looking To Invest In Property
Ulasan
Catat Ulasan