Langkau ke kandungan utama

Jawapan kuiz kenali jenis kulit anda?


Hai semua, setelah anda menjumlahkan keputusan kuiz anda sila semak keputusan di bawah:

10 poin dan kurang: Kulit kering.

Jika poin anda adalah 10 atau kurang, maka anda perlu memberi perhatian dalam melembabkan kulit dengan kerap.
Terutamanya sebelum make-up,anda mesti menggunakan penjagaan kulit asas yang baik jika tidak kulit muka anda boleh terkupas.


11-15 poin: Kulit normal

Tahniah! Jenis anda adalah kulit normal. Anda dicemburui oleh ramai kerana ianya bukan kering ataupun berminyak tetapi lembap. Akan tetapi jangan sekali pun melupakan penjagaan kulit kerana kulit anda yang semulajadi itu mempunyai kecenderungan menjadi kulit kering.
> Terdapat banyak pilihan produk penjagaan kulit bagi kulit normal, anda boleh cuba mana-mana jenis produk yang menyelesakan anda.
> Jangan sekali-kala gunakan produk penjagaan kulit yang berlebihan untuk mengelakkan daripada tersumbatnya liang roma.


15-20 poin: Kulit kombinasi.

Ciri-ciri kulit kombinasi bermakna terdapat perbezaan yang amat ketara diantara bahagian-bahagian muka anda. Pada kebiasaannya zon-T (dahi,dagu dan hidung) adalah berminyak manakala kedua-dua pipi adalah jenis kulit normal atau kering.
Oleh itu pada bahagian zon-T,anda harus pandai mengawalnnya manakala pada bahagian pipi pula,anda harus menjaganya dan memberi kelembapan pada bahagian tersebut dengan kerap.


21-25 poin: Kulit berminyak.

Amat susah hati Kerana muka anda akan menjadi berminyak walaupun selepas mencuci muka beberapa jam lalu. Anda akan merasa janggal atau tidak selesa apabila menggunakan produk penjagaan kulit atau penanggal make-up.
Kulit berminyak kaya dengan sebum yang mana sebum merupakan  rahsia anti penuaan, maka kulit berminyak merupakan kebaikan semulajadi pada kulit. Akan tetapi pemilik kulit ini haruslah pandai mengawal minyak yang dikeluarkan oleh kulit dengan betul seterusnya dapat mengawal kelembapan kulit.  Kulit berminyak berupaya menjadi kulit yang amat menyenangkan jika tahu dan pandai mengawalnya.


Jika anda tidak menemui skor anda berdasarkan Kuiz yang anda buat maka anda tergolong dalam kulit sensitif. Terdapat 3 soalan yang perlu anda jawab untuk memastikan anda mempunyai kulit sensitif:
S1: Kedua-dua pipi Anda mudah untuk menjadi merah sehinggakan menampakkan kapilari anda dengan jelas?
S2: Apakah kulit anda sangat mudah untuk merespon terhadap perubahan luaran (cuaca dan keadaan) dan mempunyai reaksi seperti kemerahan,panas,sengat,gatal dsb?
S3: Kosmetik yang anda gunakan akan menyebabkan reaksi kemerahan,panas,sengat,gatal dsb?

Jika jawapan anda bagi ketiga-tiga soalan ini adalah "ya" maka kulit anda tergolong dalam Kulit sensitif

Ulasan