Langkau ke kandungan utama

Kekal langsing secara alami

Petua Tubuh Badan yang Ramping.

Setiap kita (yang badan dalam kategori gemuk) pasti merasa tertekan atau tidak selesa dengan badan kita yang semakin membesar. Kita mungkin sudah mencuba pelbagai cara agar tubuh badan kita kembali langsing seperti anak dara namun kita sering kecewa apabila usaha kita tidak membuahkan hasil seperti yang kita inginkan akhirnya kita menjadi kecewa dan putus asa.

Namun,anda boleh mendapatkan tubuh badan yang cantik jika melakukan beberapa aktiviti dibawah. Anda tidak perlu melakukan semua aktiviti dibawah. Cukuplah sekadar melakukan 1 sahaja namun ada baiknya jika dapat melakukan kesemua aktiviti dibawah. Perlu disedari bahawa dengan melakukan aktiviti dibawah maka kita akan mendapat hasil yang baik dengan pantas, tentunya tidak. Kesabaran adalah kunci kepada kejayaan, oleh itu kita harus sabar sehingga kita mendapat hasil yang diinginkan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapat tubuh langsing ialah:

1. Berjalan dengan cepat.
Jika anda tidak mampu untuk berjoging,maka cukuplah jika anda hanya berjalan sahaja namun jalannya harus cepat agar lebihan lemak yang terkumpul pada badan akan lebih mudah terbakar dan pecah. Lebihan lemak tersebut juga akan digunakan menjadi tenaga. Namun, untuk melakukan aktiviti ini anda haruslah menggunakan kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

2. Gunakan Tangga.
Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tidak punya waktu untuk bersenam,maka cukuplah kiranya ia hanya menggunakan tangga untuk naik ke tingkat atas atau tempat kerja. Anda disarankan untuk menggunakan tangga daripada lift untuk sampai ke tempat kerja. Selain dapat membakar lemak,ia juga mampu menyihatkan jantung anda.Jika tempat kerja anda terlalu tinggi,maka silalah naik tangga untuk beberapa tingkat sahaja,kemudian sambunglah dengan menaiki lif atau naik lift terlebih dahulu kemudian naik tangga.

3. Berenang.
Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang melibatkan semua anggota badan oleh itu berenanglah dengan laju dan dengan nafas yang dalam. Lihat sahaja semua peserta renang pasti memiliki tubuh badan yang cantik ini kerana setiap anggota badanya tidak akan terkecuali daripada melakukan aktiviti apabila berenang maka tubuh badannya sentiasa dalam keadaan yang baik dan langsing.

4. Melakukan peregangan otot pada masa terluang.
Bersenam atau melakukan peregangan otot adalah sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Peregangan otot akan dapat melenturkan segala otot-otot seterusnya dapat melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran darah menjadi lancar, kita akan menjadi lebih sihat.

5. Mengayuh basikal.
Mengayuh basikal juga merupakan senaman. Mengayuh basikal akan melibatkan otot-otot seperti lengan, perut, punggung dan peha. Mengayuh basikal dalam tempoh yang lama akan dapat mencantikkan dan merampingkan. Ini kerana, lemak berlebihan akan digunakan terutama pada lengan, perut/pinggang, punggung dan peha.


More Articles:
1. 9 Unique To Give Your Drinks A Lil' Festive Kicks This Chinese New Year.

2. Why You Should Consider Bandar Bukit Raja If You're Looking  To Invest In Property.

Ulasan