Tentunya ramai dalam kalangan kita pernah menghadapi situasi lebam atau mengalami kecederaan. Mungkin kita sendiri pernah mengalami atau hanya sekadar melihat ianya pernah dialami oleh rakan-rakan, saudara mahupun ahli keluarga sendiri. Semestinya kita juga berasa simpati dengan mereka yang menghadapi situasi tersebut.
Pastinya mereka tidak berasa selesa ketika menghadapinya mungkin saja mereka akan merasa pedih atau sakit pada bahagian yang terluka dan pastinya mereka sudah mencuba pelbagai kaedah agar kawasan tersebut dapat dipulihkan atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa sakit/meredakan keadaan yang dialami oleh mereka.
Ramai diantara kita mengalami situasi seperti ini dan ramai yang mengunakan tuala panas (tuala yang direndam dalam air panas atau suam) dan ais. Namun persoalannya apakah tuala panas atau ais yang lebih sesuai digunakan??..
Sekiranya ais yang digunakan pada kawasan yang terluka atau pada bahagian yang bengkak ia akan dapat mengecutkan saluran darah. Sifat ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah akan mengecut. Apabila saluran darah sudah mengecut, ia akan mengurangkan pergerakan darah pada bahagian yang terluka dan lebam yang terhasil tidak akan menjadi teruk.
Namun jika tuala panas yang digunakan, saluran darah akan mengembang. Apabila saluran darah mengembang, pergerakan darah akan menjadi semakin cepat seterusnyanya akan menyebabkan lebam menjadi semakin teruk. Oleh itu, penggunaan tuala panas adalah tidak digalakkan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.
More Articles:
1. 9 Unique To Give Your Drinks A Lil' Festive Kicks This Chinese New Year.
2. Why You Should Consider Bandar Bukit Raja If You're Looking To Invest In Property
Ulasan
Catat Ulasan