Langkau ke kandungan utama

🍃 Manfaat Limau Nipis dan Limau Kasturi 🍃


Tentunya masih ramai dalam kalangan kita yang belum mengetahui tentang manfaat limau nipis dan limau kasturi dalam kehidupan seharian kita. Disini, saya ingin mengongsikan beberapa manfaat limau nipis dan kasturi dalam kehidupan seharian, mari baca bersama tentang manfaat buah limau nipis dan kasturi kepada kita:

📝 1. Ubat Kurus

Ambil limau nipis dan perahkan limau nipis kemudian campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh limau nipis diminum dengan air suam, agat kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini pada setiap pagi dan sebelum tidur mudah-mudahan perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Minum secara konsisten.

📝 2. Ubat Demam

Ambil 2 hingga 4 genggam daun limau nipis,hanya daun dan bukan buahnya. Kemudian rebus daun tersebut dengan 2 hingga 4 gelas air, jika hanya 2 genggam daun yang dipetik maka airnya hanya dua gelas. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu tempelkan pada dahi pesakit.

📝 3. Ubat Sakit Tekak.

Ambil satu sudu madu, Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan madu tersebut dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminum airnya pada bila-bila masa sahaja. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali. Namun saya meminum air tersebut mengikut kebutuhan dan selepas sahaja meminum air tersebut saya tidak akan meminum air selama satu jam. Ternyata ia sangat berkesan untuk saya.

📝 4. Ubat Batuk

Ambil jus limau kasturi dan campurkan dengan kicap dan garam. Amalkan meminum air tersebut pada setiap pagi dan malam, batuk akan beransur pulih.

📝 5. Ubat Kelemumur.

Ambil beberapa helai daun rambutan dan tuang setengah cawan air kemudian ramas daun rambutan tersebut sehingga ia mengeluarkan lendir. Campur bahan ini dengan sebati dengan dua cawan air santan kemudian dicampur dengan jus limau nipis (sebiji). Biasakan mencuci rambut dengan bahan ini. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

📝 6. Bahan Hilangkan Kesan Minyak Pada Baju

Ambil sebiji limau kasturi dan perahkan limau kasturi tersebut ke dalam piring kemudian gosokkan jus limau kasturi pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak itu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

📝 7. Ubat Wangi Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis kemudian hiriskan. Kemudian gosok ke seluruh kepala. Biarkan selama beberapa minit, kemudian barulah cuci sehingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

📝 8. Bahan Kilatkan Cermin Mata.

Pernahkah anda mengalami cermin mata selalu kabur? Cermin mata yang selalu kabur warna adalah disebabkan ia terkena peluh disekitar mata atau hidung kemudian cepat menjadi kabur. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata nampak jelas dan tahan lebih lama. 




More Articels:

1. 8 Cool Things you Probably Dudn't Know About Your Liver. It's Bigger Than Your Brain!

2. Tiket Flight Dan Roaming Di 9 Negara? Pelan Baru Celcom Surr Buat Korang Wow!


Ulasan