Langkau ke kandungan utama

Nak kulit wajah cantik berseri?..


Ramai dalam kalangan kita belum memahami dengan sepenuhnya jenis kulit yang kita. Oleh kerana kurangnya pemahanan tentang jenis kulit yang kita miliki menyebabkan ramai dalam kalangan kita cenderung untuk mengambil secara rawak produk penjagaan kulit yang terdapat di pasaran. Oleh itu ramai dalam kalangan kita mengatakan produk ini tak bagus,produk itu tak bagus kerana kita tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan seperti yang diwar-warkan.

Mengenali jenis kulit merupakan prasyarat utama dalam menjaga kulit kita. Pemahaman atau pengenalan jenis kulit yang kita miliki akan membantu kita untuk memilih produk penjagaan kulit yang betul supaya dapat mengembalikan kemudaan dan keserian kulit.

Terdapat empat jenis kulit yang mungkin kita hadapi:

1. Kulit Normal.
√ kulit cerah yang bermerah jambu dan         sihat.
√ Tekstur kulit yang lembut,halus,elastik dan liang roma yang halus serta lembap.
√ Tidak mudah mengalami kulit tanpa kecacatan dan tidak sensitif terhadap ransangan luaran.

2. Kulit kering.
√ Liang roma yang halus dan kulit yang nipis
√ Dehidrasi, kurang perembesan, kulit kering dan mungkin mengupas.
√ Mudah untuk mempunyai kedutan dan pigmentasi.
√ Kulit putih tanpa berseri dan mudah menjadi kulit sensitif.

3. Kulit Berminyak.
√ Liang roma yang kasar dan kulit yang tebal.
√ Kulit yang gelap, kutikel yang tebal dan rembesan yang berlebihan.
√ Kulit adalah berminyak, berkilat dan mempunyai simptom menyumbat, mudah mendapat blackhead, white head dan acne.
√ Tidak sensitif terhadap ransangan luaran dan tidak mudah mendapat kedutan. ( kulit berminyak boleh dibahagikan kepada jenis muka berminyak sangat berminyak dan nampak kering di luar tetapi berminyak didalam).

4. Kulit kombinasi.
√ Zon-T yang berminyak,liang roma yang besar serta kulit suram.
√ Black head terdapat pada hujung hidung sementara akne atau jerawat di bahagian dahi, bibir dan dagu.
√ kedua-dua pipi adalah kering atau sensitif. (Mereka yang mempunyai lebih daripada dua jenis ciri-ciri kulit, merupakan kulit kombinasi dimana 80% orang Asia tergolong dalam kumpulan ini).

Jika anda kurang pasti jenis kulit yang anda punyai, jangan risau. Esok saya akan post tentang kuiz jenis kulit. Disini


Ulasan