Langkau ke kandungan utama

💁‍♀ Petua Hilangkan Jeragat / Bintik Hitam.



Bintik-bintik hitam yang terdapat pada permukaan kulit juga dikenal sebagai jeragat. Jeragat seperti ini sangat jarang bagi saya melihatnya terutama dalam kalangan rakyat malaysia. Jeragat seperti ini sangat jarang bahkan mungkin tidak ada bagi rakyat malaysia hadapi namun saya ingin berkongsi petua-petua ini, mungkin kawan-kawan atau saudara kita mengalaminya.

Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat adalah disebabkan oleh kekurangan nutrien pada kulit maka terjadilah bintik-bintik hitan. Bintik-bintik hitam ini juga terjadi apabila usia makin meningkat selain itu faktor genetik, pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan penggunaan produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia juga turut mempengaruhi.

Masalah bintik-bintik hitam yang muncul dibahagian muka terutamanya amat mempengaruhi keyakinan diri. Oleh itu, untuk mengubati maka bolehlah mencuba beberapa petua-petua dibawah ini untuk menangani masalah jeragat di kulit.

1: Ambil segenggam beras kemudian rendam beras tersebut dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras yang direndam tadi dan tumbuk beras bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat.

Gaulkan campuran beras dan kunyit yang ditumbuk tadi bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur sehingga mesra. Kemudian sapukan campuran ini keseluruh muka dan jadikan masker. Biarkan hingga kering.

Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

2: Ambil sesudu susu tepung dan gaul bersama dengan sebiji  perahan limau nipis sehingga ia membentuk pase. Kemudian sapukan keseluruh muka sebagai masker.

Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.

Buatlah setiap hari, sehingga berpuas hati.

More Articles:

1. Bestnya Shopping Kat Sini! Butik-Butik Yang Ada Pun sesuai Untuk Satu Family!

2. 8 Sebab Kenapa Korang Kena Pergi Hua Hin, Destinasi Paling Dinanti Di Thailand.

Ulasan