Langkau ke kandungan utama

Cara Atasi Masalah Kitaran Period Yang Tidak Stabil




1) Tidur

Pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi setiap hari. Kekurangan rehat boleh menganggu hormon tubuh, sekaligus memberi kesan kepada kitaran normal haid. Ramai dalam kalangan kita masih kurang berpengetahuan tentang tidur yang cukup,oleh itu hendaklah kita memperoleh tidur yang secukupnya dan bukan tidur yang berlebihan. Tidur yang cukup adalah selama 8jam dalam sehari.


2) Betik

Betik merupakan buah yang berkhasiat dan dapat membantu melancarkan haid yang tidak teratur. Memadai dengan mengambil sebanyak 250g betik setiap pagi dan sebelum tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah kitaran haid, seharusnya mengambil buah betik yang telah masak dalam menu seharian. Buah betik bukan sahaja mampu melancarkan penghadaman malah ia juga mampu untuk membantu dalam melancarkan kitaran haid.


3) Jintan & Gula Sawit

Jintan dan gula sawit dididihkan dan airnya diminum. Boleh juga digantikan dengan minyak jintan.
Jintan sering hanya digunakan didalam dapur sebagai rempah namun ia juga ternyata dapat membantu dalam melancarkan kitaran haid.

4) Bijan & Gula Sawit

Di korea terutamanya agak popular dengan penggunaan bijan dalam masakan, ternyata bijan mempunyai khasiat yang baik dalam melancarkan kitaran haid. Aliran haid dapat dilancarkan dengan lebih cepat dengan pengambilan bijan putih atau hitam yang dihancurkan dan dicampurkan dengan gula. Pengambilan bijan sangat digalakkan untuk sistem imun tubuh kerana mengandungi Vitamin E, serat dan lemak tidak tepu. Namun ambillah secara sederhana kerana jika berlebihan, akan menyebabkan panas badan.


5) Peria

Peria memang kurang digemari kerana rasanya agak pahit. Namun, ia mampu melancarkan aliran haid kita. Pastinya ramai dalam kalangan kita yang tidak menyukai peria kerana rasanya yang begitu pahit namun bagi mereka yang sering memakan buah peria, rasa pahit itu sebenarnya sedap. Oleh itu, kita harus membiasakan diri dengan buah peria terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kitaran haid.


6) Senaman/Aktiviti Fizikal & Omega 3

Gabungan senaman/aktiviti fizikal yang konsisten serta pengambilan diet yang kaya dengan aktioksidan serta Omega 3 dapat melancarkan kitaran haid. Lakukan juga latihan kardio 3-4 kali seminggu. Senaman bukan sahaja mampu untuk memberi tubuh yang sihat namun ia juga mampu untuk melancarkan kitaran haid.


7) Salmon

Salmon memang terkenal sebagai makanan yang tinggi zat dan pengambilan secara teratur dapat meningkatkan kandungan kolagen di dalam tubuh.

Dengan pengambilan salmon yang konsisten, ia turut bantu menstabilkan lagi hormon, sekaligus mengelakkan stress dan memastikan agar haid datang tepat pada waktunya.


8) Brokoli

Brokoli mengandungi asid folik dan Vitamin B yang mampu mencegah depresi. Tekanan atau depresi ini menjadi salah satu punca kelewatan haid.


10) Susu Soya

Nutrisi dalam segelas susu soya (pilihlah soya semulajadi) mampu menjaga kesihatan tubuh badan serta sistem reproduksi kita.


11) Telur

Telur bertindak membantu menjaga hormon supaya sentiasa bertenaga dan mengatur pengaliran darah. Pilihan terbaik adalah telur rebus berbanding telur goreng.


12) Asam

Asam seperti asam jawa mampu bantu melancarkan haid. Boleh diambil di dalam bentuk minuman atau gula-gula.


13) Cuka Epal

Cuka epal juga dapat bantu melancarkan perjalanan haid. Boleh diminum atau dijadikan sos salad.
Selain daripada itu, cuka epal sangat terkenal bantu seimbangkan kadar gula di dalam darah.


14) Vitamin Semulajadi

Cara yang paling mudah bantu kelancaran kitaran haid ialah dengan mengambil Vitamin Semulajadi yang terdiri daripada Set Asas Kesihatan iaitu B Complex, VitaLea dan Vitamin C serta GLA Complex.


15) B Complex

Vitamin B Complex memang terkenal sebagai vitamin anti-stress. Dengan pengambilan Vitamin B, kita akan lebih tenang dan ceria. Sekaligus akan membantu kestabilan hormon dan kitaran haid.


16) Vitamin C

Vitamin C bantu pertahanan tubuh badan kita daripada serangan penyakit serta meningkatkan lagi sistem imun tubuh. Tubuh yang kuat dan sihat membolehkan kitaran haid berjalan dengan lancar.


17) VitaLea

VitaLea adalah multivitamin yang lengkap dengan pelbagai jenis vitamin dan

mineral yang menyokong fungsi hormon serta keperluan fungsi tubuh kita.


18) GLA Complex

GLA (asid linolenik gama) menjadi pilihan ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang tempoh berlangsungnya kitaran haid setiap bulan.

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh tubuh kita untuk menghasilkan prostaglandin iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Salah satu lagi sumber asid lemak Omega-6 adalah daripada minyak bunga matahari.

Vitamin E yang terkandung di dalamnya bantu melindungi arteri dan menyokong sistem dengan memelihaara integriti sel.

Kalau ada antara kita atau pasangan kita yang ada masalah haid yang tidak teratur ni, cepat-cepat buat pemeriksaan tau. Bukan apa, bimbang juga kalau ia berpunca daripada masalah kesihatan yang lebih serius. Jangan pandang ringan tau. Penting untuk mengetahu Punca Haid Tidak Teratur ni.

Ulasan