1. Merahkan Bibir
Bagi mereka yang sedang menghadapi masalah bibir yang hitam dan ingin memiliki bibit ceria dan merah. Anda hanya perlu memanfaatkan halia tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Caranya mudah sahaja, kupas halia muda , kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Amalkan petua ini sekali sehari .
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
2. Buang Angin & Toksin
Bagj mereka yang sering menghadapi masalah badan contohnya selalu dimasuki angin. Tentunya keadaan seperti ini sangat menyakitkan atau mereka yang mempunyai kadar toksin yang tinggi dalam badan. Bagi mengatasi masalah tersebut mudah sahaja, Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus), saya tak masukkan gula nak jaga kesihatan dik, tanpa gula pun elok aje rasanya. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar. Tak percaya ek? Cuba laa baru tau ….
🌷🌷🌷🌷🌷🌷
3. Langsingkan Badan.
Ini pasti ramai yang suka dan ingin memiliki badan yang langsing, sebut sahaja nak langsingkan atau cara untuk kuruskan badan jadi isu hangat. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan. Rasa panas yang dihasilkan oleh halia, akan membantu untuk meningkatkan metabolisma badan dan seterusnya memecahkan segala lebihan lemak yang terdapat pada badan.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷
4. Menghilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan bukan sahaja wanita malah terdapat juga kaum adam yang menghadapi masalah yang sama. Badan dah lawa , muka dah cantik tapi badan berbau , jatuh saham dik kalau lelaki nak mengorat begitu juga dengan lelaki. Untuk atasi masalah ini meh saya kongsikan caranya , amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷
5. Menaikkan Seri Wajah.
Para bakal pengantin pastinya mahu menaikkan sero wajah masing-masing, malah yang bukan bakal pengantin pun ada yang mahu menaikkan seri wajah. Pastinya mereka sudi mengeluarkan kos yang banyak hanya untuk menaikkan seri wajah sahaja. Namun, halia juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah.Caranya mudah sahaja, ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml dan rendam tu dik minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.
Ulasan
Catat Ulasan