KHAS UNTUK ENCIK SUAMI: PETUA MERAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia. Pasangan anda (suami/isteri) akan merasa diri dihargai seterusnya akan mengekalkan kebahagian rumah tangga.
2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat. Apabila pasangan anda, berasa penat dan letih maka anda seharusnya mengambil tindakan yang segera untuk membantu dia. Pastinya, apabila anda menawarkan pertolongan dia akan merasa diri dihargai ini kerana mendapat pasangan hidup yang begitu prihatin.
3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu. Ramai dalam kalangan kita menganggap remeh perkara ini. Dia pastinya sudah menjadi risau dengan kita jika terlambat walau sesaat pun olehitu, hubungi la pasangan anda untuk menyatakan situasi dan keberadaan anda. Apabila kita melakukan perkara ini, pastinya dia akan merasa dirinya amat penting seterusnya akan dapat mengeratkan kasih sayang.
4. Jika pasangan anda mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
5. Apabila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
6. Berbincanglah dengan pasangan anda sekiranya terdapat hal-hal yang perlu diselesaikan. Tidak salah jika anda harus mempertahankan diri dalam menyelesaikan masalah namun tunjukkan sifat memahami pasangan anda.
7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, janganlah menjadi emosi melainkan tawarkanlah diri anda untuk memasak pula.
8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya. Walaupun fizikalnya sudah berubah, ingatlah dia pernah bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat anda. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan sedikit kos untuk kecantikan dalaman dan luaran pasangan anda.
9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar. Mungkin saja, ramai dalam kalangan kita yang menganggap remeh hal ini namun bagi pihak isteri terutamanya adalah amat penting apalagi kalau anda hendak keluar rumah.
10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang atau peluklah pasangan anda pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu.
11. Nyatakanlah cinta anda pada pasangan anda setiap hari. Sekurang-kurangnya sekali dalam sehari,katakanlah 'Aku cinta padamu'walaupun ianya kelihatan biasa-biasa sahaja namun ia pasti akan meninggalkan kesan yang amat mendalam.
12. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan hanya nafsu semata-mata. Show your love.
13. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam. Jadilah pendengar setia untuk dia.
14. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Walaupun begitu, anda juga harus menjaga tingkah laku anda.
15. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan. Bawalah juga dia ke tempat yang anda suka.
16. Solat bersama dan berdoa bersama. Gunakanlah waktu terluang untuk bersama dia kerana para isteri pasti menghargainya
17. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Menjadi ketua keluarga tidak pernah meminta anda untuk selalu menjadi serius,gunakanlah peranan anda seelok-eloknya dan jangan pula pasangan merasa bosan dengan sikap anda yang terlalu serius.
18. Rancanglah untuk makan angin bersamanya. Rumah bukanlah penjara, oleh itu bawalah isteri anda untuk makan angin. Tidak kiralah ia tempat pelancongan atau bukan, pastinya ia akan membuat isteri anda gembira.
19. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya. Atau sekurang-kurangnya hantarlah message untuk dia jika anda terlalu sibuk.
20. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
Ulasan
Catat Ulasan